Temasya Olahraga Tahunan  |  Universiti Sains Malaysia

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE-46, 2020

 

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu acara tahunan yang terbesar dianjurkan di universiti. Temasya ini telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972 dan pada tahun 2020 merupakan sambutan yang ke-46.

Temasya ini yang pada mulanya hanya melibatkan penyertaan dari pusat-pusat pengajian, kemudiannya telah bertukar konsep dengan membuka penyertaan kepada semua desasiswa-desasiswa dan kelab-kelab sukan staf dalam USM bagi mendapatkan penglibatan dan perhatian secara menyeluruh oleh warga Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan  IPPT.

Di samping itu, temasya ini juga membuka penyertaan kepada masyarakat setempat untuk turut merasai kemeriahan temasya ini menerusi acara Larian Sebatu Diraja dan acara Larian Sebatu Tuanku Raja Perempuan. Kategori yang dipertandingkan dalam temasya ini ialah trek, acara berpasukan dan acara padang bagi kategori lelaki, wanita dan senior veteran.

Tarikh   : 17, 18 & 19 April 2020

Tempat : Stadium Olahraga USM

Sekretariat TOT USM, Pusat Sukan & Rekreasi, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang
Tel : (604) 6532306 / 6532133  |  Fax: (604) 6570302  |  Emel :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , FB :TOT USM | icon admin

Hak Cipta © 2022 Temasya Olahraga Tahunan, Universiti Sains Malaysia.