TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE-46, 2020
Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu acara tahunan yang terbesar dianjurkan di universiti. Temasya ini telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1972 dan pada tahun 2020 merupakan sambutan yang ke-46.
Temasya ini yang pada mulanya hanya melibatkan penyertaan dari pusat-pusat pengajian, kemudiannya telah bertukar konsep dengan membuka penyertaan kepada semua desasiswa-desasiswa dan kelab-kelab sukan staf dalam USM bagi mendapatkan penglibatan dan perhatian secara menyeluruh oleh warga Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan IPPT.
Di samping itu, temasya ini juga membuka penyertaan kepada masyarakat setempat untuk turut merasai kemeriahan temasya ini menerusi acara Larian Sebatu Diraja dan acara Larian Sebatu Tuanku Raja Perempuan. Kategori yang dipertandingkan dalam temasya ini ialah trek, acara berpasukan dan acara padang bagi kategori lelaki, wanita dan senior veteran.
Tarikh : 17, 18 & 19 April 2020
Tempat : Stadium Olahraga USM